Sunday, July 22, 2012

KARIPAP SAMBAL

assallamualaikum...
yeay!! dah masuk hari ketiga berpuasa didalam bulan ramadan yang penuh keberkatan ini...
kalau bulan puasa nih benda lain yang sering kita ingat adalah makanan. tul x???haha
bila nk dekat kul 5 ptg dah sebuk pikir nak beli apa kat bazar ramadankan.. jgn membazir sudah lah..
kalau emak-emak kat rumah lak sudah tentulah terpikir menu apalah nak dimasak dan dihidangkan kepada ahli keluarga. Memasak ni bukan tugas yang mudah ye.. Nampak sahaja mudah tetapi bila kita rasa hurmmm sangat lah leceh. Bagi mereka yang minat memasak sudah pasti rasa syok kat dapur kan..hehehe..
sebenarnya topik hari ini adalah berkaitan dengan karipap, punyalah panjang berjela mukadimah dia..hahaha
bukan karipap biasa tetapi karipap sambal yang dah lama aku idam-idamkan.

Proses untuk membuatnya xlah serumit mana sangat lah mudah...
untuk karipap sambal ni inti dia merupakan inti sayur-syuran.
antara bahan-bahan yang diperlukan :




INTI KARIPAP
-carrot
-taugeh
-tauhu
-daun sup (kalau nk lah)
-secukup rasa
-gula secubit


 KULIT KARIPAP
-tepung gandum
-mentega
-garam
-air

SAMBAL KARIPAP
-cili kering
-gula melaka
-bawang putih
-garam








tak banyakan bahan..sangat murah..sangat berpatutan..
nak masak pon senang gak, untuk inti tumis bawang pastu masukan tauhu kemudian gaulkan semua sayur . Jadikan macam masak sayur lah an..haha

lebih kurang macam ni lah


untuk kulit karipap tu kenalah uli sikit. Masukan tepung letak garam sikit then mentega klu nak senang cairkan terus dalam kuali kemudian gaulkn dengan tepung. Masukkan air sikit demi sedikit,kalau kurang tepung tambah la tepung ni pon  nak ajar ke..hehehe.. jadikan seperti dalam gambar nih...





see sedapkan bila digoreng


untuk sambal lagilah senang tumis semua bahan dan cili kering blend yer.. jgn guna cili boh sbb terlalu bnyk cuka.. kering je sambal sampai dah kemerahan boleh lah masukkan karipap yg dah di goreng.



yeay!! nilah hasilnya bila dah siap


Inilah menu juadah aku untuk berbuka puasa tadi.
Makan karipap ni sahaja pon boleh kenyang. Harini tak sentuh nasi pon sampai sahur ni...hahaha
Malas nk terang banyak pasal proses dia..paham2 sendirila yer...
memasak nih sgt seronok sbb dapat hilangkn segala stresss... xpercaya silalah cuba...hehehe
Terima kasih kepada emak saya yang menunaikan hajat saya untuk makan karipap sambal nih..




LOVE U MUM!!!





No comments:

Post a Comment