Sunday, July 22, 2012

KARIPAP SAMBAL

assallamualaikum...
yeay!! dah masuk hari ketiga berpuasa didalam bulan ramadan yang penuh keberkatan ini...
kalau bulan puasa nih benda lain yang sering kita ingat adalah makanan. tul x???haha
bila nk dekat kul 5 ptg dah sebuk pikir nak beli apa kat bazar ramadankan.. jgn membazir sudah lah..
kalau emak-emak kat rumah lak sudah tentulah terpikir menu apalah nak dimasak dan dihidangkan kepada ahli keluarga. Memasak ni bukan tugas yang mudah ye.. Nampak sahaja mudah tetapi bila kita rasa hurmmm sangat lah leceh. Bagi mereka yang minat memasak sudah pasti rasa syok kat dapur kan..hehehe..
sebenarnya topik hari ini adalah berkaitan dengan karipap, punyalah panjang berjela mukadimah dia..hahaha
bukan karipap biasa tetapi karipap sambal yang dah lama aku idam-idamkan.

Proses untuk membuatnya xlah serumit mana sangat lah mudah...
untuk karipap sambal ni inti dia merupakan inti sayur-syuran.
antara bahan-bahan yang diperlukan :




INTI KARIPAP
-carrot
-taugeh
-tauhu
-daun sup (kalau nk lah)
-secukup rasa
-gula secubit


 KULIT KARIPAP
-tepung gandum
-mentega
-garam
-air

SAMBAL KARIPAP
-cili kering
-gula melaka
-bawang putih
-garam








tak banyakan bahan..sangat murah..sangat berpatutan..
nak masak pon senang gak, untuk inti tumis bawang pastu masukan tauhu kemudian gaulkan semua sayur . Jadikan macam masak sayur lah an..haha

lebih kurang macam ni lah


untuk kulit karipap tu kenalah uli sikit. Masukan tepung letak garam sikit then mentega klu nak senang cairkan terus dalam kuali kemudian gaulkn dengan tepung. Masukkan air sikit demi sedikit,kalau kurang tepung tambah la tepung ni pon  nak ajar ke..hehehe.. jadikan seperti dalam gambar nih...





see sedapkan bila digoreng


untuk sambal lagilah senang tumis semua bahan dan cili kering blend yer.. jgn guna cili boh sbb terlalu bnyk cuka.. kering je sambal sampai dah kemerahan boleh lah masukkan karipap yg dah di goreng.



yeay!! nilah hasilnya bila dah siap


Inilah menu juadah aku untuk berbuka puasa tadi.
Makan karipap ni sahaja pon boleh kenyang. Harini tak sentuh nasi pon sampai sahur ni...hahaha
Malas nk terang banyak pasal proses dia..paham2 sendirila yer...
memasak nih sgt seronok sbb dapat hilangkn segala stresss... xpercaya silalah cuba...hehehe
Terima kasih kepada emak saya yang menunaikan hajat saya untuk makan karipap sambal nih..




LOVE U MUM!!!





Saturday, July 21, 2012

sepi seorang perindu

sepi seorang perindu
mengalunkan lagu penggamit rindu
merindui setiap saat bersamamu
gigih mencari ruang agar dapat ketemu
ruang itu semakin hari semakin terhakis
masihkan ada harapan untuk bertemu
atau sekadar angan-angan kosong

kesedihan itu bagai tiada ertinya
menjadi terlalu biasa bagi ku
hinggakan air mata itu terlalu kering
untuk dititiskan
betapa rindunya padamu

dunia ini kosong tanpamu
tiada lagi senyuman mu yang menawan
tiada lagi raut wajahmu yang muram
tiada lagi berkongsi cerita
tiada lagi berita gembira
hanya tinggal kerinduan tanpamu disisi

teringat dimasa zaman kecil kita
pergaduhan itu sudah terlalu biasa
aku yang tidak mahu mengalah
hinggakan menjadi perbalahan
tiada perleraian
kini aku kehilangan semua itu
aku terlalu rindu
kembalikanlah masa lalu itu
agar kita bisa merasai erti hidup ini

happy family i gues

fighting..haha

BERBUKA PUASA BERSAMA EMAK

assalamualaikum...
yup hari ini 1st berbuka untuk 2012 berbuka dekat rumah jer.
utuk persiapan buka harini hanyalah sederhana dan tidak membazir.
makanan ni kena tahan untuk 3 hari..haha

menu buka puasa hari ni
-kurma
-jemput-jemput
-tauhu
-masak ayam percik (mak masak)
-teh o sejuk
-ho ho ho horlick

sekadar itu je menu2 je. tapi utk buka kali ni tidak meriah sebab azmer dan anuar tak ada bersama-sama.
emak asyik teringat kat mereka je, yela hati emak mana yang tak sayu bila anak2 kesayangan tiada didepan mata.
so,hari ini sayu lah sikit tanpa kehadiran mereka. Hajat hati mahu balik kampung buka bersama-sama atuk sambil menghirup udara segar di kampung. Tapi apakan daya emak bekerja shift pagi lak. So, lupakan lah hajat itu semua. Agak lamalah juga tak balik kampung kat Batu Pahat tu

gambar hiasan



Pabila Azan Mahgrib berkumandang sangat bermakna bagi semua umat islam yang sedang berpuasa. Azan itu menandakan waktu berbuka puasa, setelah seharian berpuasa. Sayup-sayup kedengaran Azan itu tanda kesyukuran yang berpanjangan. Alhamdulillah selesai puasa hari pertama ini dengan penuh kesyukuran.
Tapi yang kurang sedapnya malam ni aku tak dapat nak pergi solat terawih atas sebab-sebab tertentu. Agak rugi juga la...hurm

Bagi aku ramadan tahun ini tiada yang istimewa.
ditemani air mata dan kerisauan yang tiada penghujungnya,
hanya titipan doa dan semangat yang tidak pernah putus asa
walaupun kadangkala hidup ini pernah putus harapan,
semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan ku
semoga berakhirnya semua penderitaan.












INSYAALLAH =)



Friday, July 20, 2012

1st Ramadan-2012

alhamdulillah...
masih bernafas di bulan ramadan ni, aku bersyukur kerana masih berjumpa lagi bulan ramadan ini..
masih banyak lagi perkara yang hendak dilakukan belum tercapai..

kembara di bumi ALLAH ini terlalu banyak dugaan sampaikan tak tahu nak bezakan yang mana derita dan yg mana episod suka. Tak kisahlah cerita suka atau duka yang penting aku kene berjuang dan bertahan sampai ke akhir garisan. Aku kene kuat hadapi segala dugaan yang diberi ini,mungkin di setiap kegelapan itu pengakhiranya disinari sang pelangi..tak tahu bila tp yang pasti ak tak kan putus berdoa dan harapan semoga semua kisah duka ku ini akan berakhir tak lama lagi..
HARUS KUAT!!


Yeah ramadan kunjung tiba lagi.....
persoalanya adakah ramadan tahun ni lagi baik dari ramadan sebelum2nya...hurmmm..tepuk dada tanyalah diri sendiri. Tapi apa yang penting 20 julai 2012 bersamaan dengan 1 ramadan aku g TERAWIH lah.. sama mcm2 tahun sebelum nih. Cuma bezanya tahun ni aku BERPUASA di rumahhhh...mesti bestkan??entahla  tak tau nk gambarkn perasaan nih. Puasa tahun lepas aku pergi terawih dengan kawan-kawan universiti. Ingat lagi that moment g terawih kat masjid UTP..hurm dalam hati pikirkan mesti la seronok...tp sebaliknya..haha..berpeluh-peluh kt sana dan macam yang berlaku..haha...lawak2..xpalah yang penting amal ibadat kita.
nilah MASJID UTP


Orang kata kalau berpuasa dekat rumah nih mestila jadi lagi seronok dan menarik sebab tiap-tiap hari dapat rasa air tangan mak kita. Masakan emak adalah masakan yang terbaik didunia. Aku rasa semua orang mesti setuju dengan kata-aku tu. Harap-haraplah setiap hari dapat rasakan... Menaruh harapan yang sangat la tinggi. Takut akhirnya makan sorang2 gak dan sediakan juadah berbuka puasa pon sendiri. Tak apa lah asalkan ak dapat berbuka gak. Baru hari pertama puasa dah pikir fasal makan(hah apalah aku nih). Nak berbuka apa nanti ek???
   

          
serius nilah yang ak bayang-bayangkan untuk berbuka nanti - 
air katira+buah kurma+ayam percik

ok tak menu yang kat atas 2...hahaha.. terbaikkkkan... =)

setiap kehidupan yang pastinya banyak dugaan dan cabaran kan... hidup manusia xpernah lekang dek masalah. Tuhan sentiasa menguji kesabaran hamba-hamba-NYA. Sama ada kita mampu atau tidak untuk hadapi semua tu. Bagi aku ada beberapa cabaran dan dugaan yang menanti aku di bulan puasa ni..hurm

  1. TURUNKAN BERAT BADAN
  2. KEKAL SIHAT
  3. BERPUASA TANPA ADIK DAN ABANG
  4. BERIBADAT LEBIH DARI HARI2 BIASA
  5. TAHAN NAFSU BELI MAKANAN YANG BERLEBIHAN
  6. KEWANGAN TIDAK STABIL
Inilah antara cabaran yang aku hadapi, sebenarnya banyak lagi tapi malas nak listkan lagi kalau aku listkan semua memang tak akan abis cerita aku nih. Aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar sehingga syawal menjelma nanti. Walaupun ahli keluarga ada yang tak lengkap duduk makan sama-sama sambil merai kemeriahan kat rumah nih..Mungkin banyak hikmah yang tersirat disebalik ujian-NYA. Seperti kata sahabat baik aku di setiap jalan yang gelap akan pasti terlihat cahaya bersinar juga nanti. Kesabaran amat-amatlah diperlukan untuk setiap dugaan yang menyinggah itu. Insyaallah satu hari nanti semua akan berkumpul dan emak akan gembira semula..amin. jangan berhenti berharap dar putus doa. Doa adalah senjata  bagi umat muslim.
SEKIAN....


RINDUNYA ORANG YANG KAT SEBELAH AKU NIH

ADIK AKU

SEMOGA DAPAT BERKUMPUL SEMULA SEPERTI INI =)