masih bernafas di bulan ramadan ni, aku bersyukur kerana masih berjumpa lagi bulan ramadan ini..
masih banyak lagi perkara yang hendak dilakukan belum tercapai..
kembara di bumi ALLAH ini terlalu banyak dugaan sampaikan tak tahu nak bezakan yang mana derita dan yg mana episod suka. Tak kisahlah cerita suka atau duka yang penting aku kene berjuang dan bertahan sampai ke akhir garisan. Aku kene kuat hadapi segala dugaan yang diberi ini,mungkin di setiap kegelapan itu pengakhiranya disinari sang pelangi..tak tahu bila tp yang pasti ak tak kan putus berdoa dan harapan semoga semua kisah duka ku ini akan berakhir tak lama lagi..
HARUS KUAT!! |
persoalanya adakah ramadan tahun ni lagi baik dari ramadan sebelum2nya...hurmmm..tepuk dada tanyalah diri sendiri. Tapi apa yang penting 20 julai 2012 bersamaan dengan 1 ramadan aku g TERAWIH lah.. sama mcm2 tahun sebelum nih. Cuma bezanya tahun ni aku BERPUASA di rumahhhh...mesti bestkan??entahla tak tau nk gambarkn perasaan nih. Puasa tahun lepas aku pergi terawih dengan kawan-kawan universiti. Ingat lagi that moment g terawih kat masjid UTP..hurm dalam hati pikirkan mesti la seronok...tp sebaliknya..haha..berpeluh-peluh kt sana dan macam yang berlaku..haha...lawak2..xpalah yang penting amal ibadat kita.
nilah MASJID UTP |
serius nilah yang ak bayang-bayangkan untuk berbuka nanti -
air katira+buah kurma+ayam percik
ok tak menu yang kat atas 2...hahaha.. terbaikkkkan... =)
setiap kehidupan yang pastinya banyak dugaan dan cabaran kan... hidup manusia xpernah lekang dek masalah. Tuhan sentiasa menguji kesabaran hamba-hamba-NYA. Sama ada kita mampu atau tidak untuk hadapi semua tu. Bagi aku ada beberapa cabaran dan dugaan yang menanti aku di bulan puasa ni..hurm
- TURUNKAN BERAT BADAN
- KEKAL SIHAT
- BERPUASA TANPA ADIK DAN ABANG
- BERIBADAT LEBIH DARI HARI2 BIASA
- TAHAN NAFSU BELI MAKANAN YANG BERLEBIHAN
- KEWANGAN TIDAK STABIL
SEKIAN....
RINDUNYA ORANG YANG KAT SEBELAH AKU NIH |
ADIK AKU |
SEMOGA DAPAT BERKUMPUL SEMULA SEPERTI INI =) |
No comments:
Post a Comment